• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2 2019 DAN MAJLIS IFTAR 1440H

JUMAAT, 24 MEI 2019 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2 bagi tahun 2019 dan Majlis Iftar Jamai'e 1440H dengan kerjasama Badan Kebajikan dan Sukan JKSNPP(BAKEEP) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia(Pulau Pinang) yang telah diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara.

YAA Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang telah menyampaikan amanat beliau dalam majlis berkenaan dengan menekankan kepentingan semangat kerjasama diantara semua kakitangan dalam menjalankan tugas seharian bagi menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Di dalam majlis tersebut juga telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang yang diadakan khusus bagi pegawai-pegawai yang akan dan telah bertukar ke jabatan atau agensi yang lain dan seramai lima orang kakitangan diraikan dalam sesi tersebut. Selain itu, turut diadakan Majlis Anugerah Cemerlang serta penyampaian sumbangan kepada warga JKSNPP yang terlibat oleh BAKEEP.

Selesai Majlis Perhimpunan pada jam 5.30 petang, majlis diteruskan lagi dengan tazkirah perdana yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Hanif Azmir Bin Hassim dan diteruskan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil serta Majlis berbuka puasa bersama seluruh warga JKSNPP serta keluarga dan menunaikan Solat Maghrib berjamaah. Usai Solat Maghrib,maka tibalah masa yang ditunggu - tunggu oleh kanak - kanak yang hadir pada majlis tersebut iaitu sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang terdiri daripada anak - anak warga kerja JKSNPP yang hadir pada majlis tersebut yang telah disampaikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang. Kemudian diteruskan lagi dengan Solat Isyak dan Sunat Terawih berjemaah. Keseluruhan perjalanan majlis selesai pada jam 10.30 malam selepas jamuan moreh iaitu kambing bakar.

Mobil / Web 2.0

Multimedia Gallery

Feedback

Visitor Counter

5351660
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
3035
7365
25762
47729
118918
216218
5351660

Contact Us

Department Address:   
No. 3, Jalan Batu Gantung, 
10450 Pulau Pinang
Telephone: 04-830 7777
Facsimile: 04-830 7860
Email: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Working Hours

Monday-Thursday
8.00 am-1.00 pm
2.00 pm-5.00 pm
Friday
8.00 am-12.15 pm 
2.45 pm-5.00 pm
Saturday & Sunday : Public Holiday

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Web Logo

Application Links

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Follow Us

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Updated Date

  • Last Update on : 25 June 2019, 17:43:05. By JKSNPP, ICT Unit