• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

APC

 

PENGENALAN APC

  1. TUJUAN

     

    1. Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan ucapan mantan Ketua Jabatan, Dato’ Hj. Abdul Walid  Bin Abu Hassan pada 5 Februari 2016 di dalam perhimpunan bulanan kali pertama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang pada 5 Februari 2016.

       

       

  2. OBJEKTIF PENUBUHAN JAWATANKUASA PENILAIAN ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG (JPAPC)

     

    1. Menghargai komitmen dan prestasi kakitangan yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam kerjaya.

    2. Sebagai motivasi kepada kakitangan untuk lebih cemerlang dan berdaya saing.

    3. Untuk memberi peluang kepada pekerja yang telah dipilih untuk dicalonkan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri.

    4. Diadakan sebanyak 4 kali setahun secara berkala.

    5. Meningkatkan prestasi dan integriti pekerja dalam kerjaya masing-masing.

       


3.     AHLI PANEL


        3.1             YAA Dato' Mohamad Shakir Bin Haji Abdul Hamid.

        3.2            Puan Hasniah Binti Hassan



4.    AHLI JAWATANKUASA


        4.1            Tuan Mohd Yunus Bin Mohamad Zin                   -           Pengerusi


        4.2           Tuan Mohd Sanusi Bin Ishak                                  -           Ahli


        4.3            Encik Mohd Saufee Bin Nayan                               -           Ahli


        4.4           Puan Nor Aziani Binti Mustaffa                             -           Ahli


        4.5           Encik Nik Hasbullah Bin Nik Husain                   -           Ahli


        4.6           Puan Asznira Binti Abdul Wahab                          -           Ahli


        4.7           Puan Nur Azira Binti Karim                                      -           Urusetia


5.    KRITERIA PEMILIHAN


        5.1             Kebolehupayaan untuk mematuhi arahan dari masa ke semasa.


        5.2            Mempunyai kreativiti dalam menjalankan tugas.


        5.3            Bermotivasi tinggi.


        5.4           Pemilihan tidak berdasarkan gred dan pangkat.


        5.5            Mempunyai kemahiran tertentu dalam menyelesaikan masalah.


        5.6           Keupayaan mengawal keadaaan (dalam situasi tertentu).


        5.7            Proaktif dalam menjalankan tugasan dan arahan.


        5.8           Membudayakan nilai-nilai integriti dalam kerjaya dan perkhidmatan.


        5.9           Tiada tindakan tatatertib.

 

        5.10          Tiada rekod kelewatan berdasarkan kad perakam waktu tahun 2015 bagi bulan semasa (tanpa sebab munasabah) .


        5.11           Sumbangan diperingkat jabatan, daerah, negeri, negara atau peringkat antarabangsa.



6.    SYARAT-SYARAT PENCALONAN


        6.1            Terbuka kepada semua kakitangan tanpa mengira gred dan jawatan.


        6.2           Setiap pencalonan akan dibuat oleh ketua unit masing-masing.


        6.3            Keputusan panel pemilihan adalah muktamad.


        6.4           Pencalonan untuk anugerah ini terhad untuk seorang sahaja bagi setiap pemilihan (1 : 98).


        6.5           Calon yang telah dipilih untuk anugerah ini berpeluang untuk dicalonkan dan dipilih bagi Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) bagi tahun semasa.



7.    PEMILIHAN CALON UNTUK ANUGERAH INI


        7.1            Jawatankuasa ini akan membuat pemilihan berdasarkan kriteria syarat-syarat seperti mana yang dinyatakan.


        7.2            Pencalonan akan dicadangkan oleh ketua unit masing-masing di setiap daerah.


7.3            Ketua Unit hanya dibenarkan untuk mencalonkan SEORANG CALON SAHAJA bagi setiap pemilihan.


        7.4           Jawatankuasa juga boleh memilih calon yang dirasakan layak berdasarkan kriteria dan syarat-syarat walaupun TANPA pencalonan ketua unit daerah berkenaan.


        7.5            Pemilihan akhir akan diputuskan dan ditentukan oleh dua panel yang diketuai oleh YAA. Dato’ Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang.


        7.6           Pencalonan mesti dibuat berdasarkan tarikh yang ditetapkan.


        7.7            Pencalonan mesti diserahkan kepada Jawatankuasa pada tarikh dan waktu yang ditetapkan. Kegagalan mematuhi pada tarikh dan waktu ditetapkan menyebabkan pencalonan DITOLAK .

 

 

8.    GANJARAN BAGI PENERIMA ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG (APC)


        8.1            Penerima anugerah akan menerima sijil penghargaan dan saguhati khas dari YAA. Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang sendiri.


        8.2           Penerima juga dapat melayakkan diri supaya dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


        8.3            Penerima anugerah akan dipaparkan di sudut pengiktirafan JKSNPP, laman web jabatan dan e-sudut EKSA.


 

PENERIMA APC

 

 PENERIMA APC 2016

  1. Penerima APC Bil 1 : Puan Nisrin Hasibah Binti Osman
  2. Penerima APC Bil 2 : Encik Osman Bin Omar
  3. Penerima APC Bil 3 : Encik Saud Hamid Bin Hassan
  4. Penerima APC Bil 4 : Encik Zakiran Bin Zakaria

PENERIMA APC 2017

  1. Penerima APC Bil 1 : Puan Rohanah Binti Ayob
  2. Penerima APC Bil 2 : Puan Rosnah Binti Masri
  3. Penerima APC Bil 3 : Encik Muhammad Bin Shaari
  4. Penerima APC Bil 4 : Encik Sukimam Bin Mat Yasin

PENERIMA APC 2018

  1. Penerima APC Bil 1 : Puan Noorhafizah Binti Shahbudin
  2. Penerima APC Bil 2 : Puan Addawiah Binti Ahmad
  3. Penerima APC Bil 3 : Puan Siti Rohayu Binti Desa

 

 

 

 

 

 

 

Statistik Pelawat

4211468
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
529
2894
3423
19866
42966
62667
4211468

Hubungi Kami

Alamat Jabatan:    No. 3, Jalan Batu Gantung,  10450 Pulau Pinang Telefon: 04-830 7777 Faksimili: 04-830 7860 Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 15 November 2018, 07:35:17. Oleh Unit ICT, JKSNPP