• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

Profil Jabatan

Asas Penubuhan


Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP)
ditubuhkan berdasarkan seksyen 42(1), (2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993. Penubuhannya mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1994 mengikut Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang Jld. 40 Nombor 8 yang bertarikh 11 April 1996. Sejak ditubuhkan hingga 2 Januari 1997 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang ditadbir bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP).

Mulai 1 Januari 1997 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah diasingkan daripada Pengurusan JAIPP dan mempunyai pentadbirannya sendiri, di mana Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang. Perjawatan yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia untuk Jabatan ini pada mulanya ialah sebanyak 54 jawatan mengikut Waran Perjawatan Bilangan 68 Tahun 1996 yang berkuatkuasa mulai 2 Mei 1996. Kemudian ditambah lagi menjadikan jumlah terkini adalah sebanyak 88 jawatan mengikut Waran Perjawatan Bilangan  Tahun 2006.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutus kes-kes disemua peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, di dalam pengurusan Mal, Jenayah dan Faraid.


Moto/Visi/Misi

MOTO

"Syariah Asas Keadilan"

VISI

"Menjadi Institusi Kehakiman Syariah yang berwibawa"

MISI

Melaksanakan perbicaraan, pengurusan mahkamah dan perkhidmatan sokongan secara profesional, berkesan dan sistematik berasaskan undang-undang dan hukum syarak.

Objektif

  • Menyedia dan melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berdasarkan hukum syarak dan undang-undang secara adil, cekap dan berkesan.
  • Menyediakan pengurusan pentadbiran yang cekap dan berkualiti bagi memuaskan hati pelanggan.
  • Menyediakan latihan untuk mempertingkatkan kemahiran pegawai dan kakitangan.
  • Menyediakan kemudahan penggunaan Teknologi Komunikasi & Maklumat (ICT) dalam pentadbiran.
  • Menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang terbaik dan mencukupi.

 

Fungsi

  • Menguruskan permohonan kes-kes syariah iaitu kes Mal, Jenayah dan Faraid.
  • Menguruskan perbicaraan kes-kes syariah iaitu kes Mal, Jenayah dan Faraid.
  • Menguruskan perintah-perintah mahkamah.
  • Menguruskan kes-kes rayuan syariah secara teratur dan berkesan.
  • Menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka dan pengerluaran Sijil Faraid.
  • Menjalankan urusan pentadbiran am mahkamah termasuk perkhidmatan kakitangan.
  • Membangunkan sumber manusia yang terlatih dan mencukupi.
  • Membuat perancangan dan pelaksanaan terhadap pembangunan serta keperluan mahkamah.

 

Punca Kuasa

  • Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004
  • Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004
  • Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996
  • Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004
  • Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004
  • Enakmen Keterangan Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004
  • Kaedah-Kaedah Sulh (Negeri Pulau Pinang) 2006


Statistik Pelawat

4211513
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
574
2894
3468
19866
43011
62667
4211513

Hubungi Kami

Alamat Jabatan:    No. 3, Jalan Batu Gantung,  10450 Pulau Pinang Telefon: 04-830 7777 Faksimili: 04-830 7860 Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 15 November 2018, 07:35:17. Oleh Unit ICT, JKSNPP