• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

Perutusan Ketua Hakim Syarie

Perutusan Y.A.A Ketua Hakim Syarie JKSNPP:

Alhamdulillah saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, selawat & salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Saya selaku Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang yang baru yang mula bertugas pada 16 Oktober 2017, mengalu-ngalukan kunjungan tuan/puan ke laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP). Besar harapan saya para pengunjung dapat menyalurkan apa-apa pandangan yang membina, komen, sokongan, bantuan dan aduan bagi meningkatkan mutu pengurusan maklumat, kemudahan dan perkhidmatan yang kami sediakan.

JKSNPP akan sentiasa peka dengan aduan dan pandangan yang disalurkan oleh masyarakat. Pihak kami sentiasa terbuka dan tidak akan menyembunyikan apa-apa perkara dalam sistem keadilan dan kehakiman. Perkembangan pesat teknologi maklumat & komunikasi (ICT) merupakan medium terbaik dan terpantas untuk kami salurkan maklumat kepada masyarakat.

Sejak laman web yang pertama dilancarkan pada tahun 2006, pelbagai perubahan dan penambahbaikan yang dibuat bagi membangunkan laman web JKSNPP. JKSNPP sentiasa mengemaskini isi kandungan maklumat, penampilan dan kemudahan berurusan yang disediakan agar sentiasa segar, berinformasi dan mesra pengguna. Pada bulan Januari 2015, JKSNPP telah melancarkan laman web rasmi yang berwajah baru. Syabas dan Tahniah kepada unit ICT Jabatan dan semua yang terlibat.

Diharapkan maklumat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan menjadi bahan rujukan yang berguna kepada semua pengunjung. Kemudahan untuk berurusan melalui internet seperti mendapatkan Enakmen, Arahan Amalan, Pekeliling Ketua Hakim Syarie, mengemukakan pertanyaan, cadangan, komen dan aduan diharapkan dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Jabatan.

Namun suka saya nyatakan di sini maklumat-maklumat yang dipaparkan di laman web JKSNPP merupakan maklumat awal dan sekiranya pengunjung mempunyai kemusykilan dan inginkan maklumat yang lebih mendalam, bolehlah emailkan pertanyaan kepada penyelaras laman web ini atau datang sendiri ke Jabatan ini.

Akhir kata selamat melayari laman web JKSNPP!!

Sekian, terima kasih, Wassalam.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

~SYARIAH ASAS KEADILAN~

 

(YAA DATO' MOHAMAD SHAKIR BIN HAJI ABDUL HAMID)
Ketua Hakim Syarie, 
JKSN Pulau Pinang.

Statistik Pelawat

4211340
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
401
2894
3295
19866
42838
62667
4211340

Hubungi Kami

Alamat Jabatan:    No. 3, Jalan Batu Gantung,  10450 Pulau Pinang Telefon: 04-830 7777 Faksimili: 04-830 7860 Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 15 November 2018, 07:35:17. Oleh Unit ICT, JKSNPP