• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

KURSUS MOTIVASI DAN PENGUKUHAN JKSNPP

JUMAAT, 26 APRIL 2019 – Satu Kursus Motivasi dan Pengukuhan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang(JKSNPP) telah diadakan di D'Risa Impiana Resort Campsite Gerik, Perak. Kursus motivasi ini yang telah diadakan selama 3 hari 2 malam yang melibatkan seramai 66 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan JKSNPP yang mewakili semua skim jawatan dan mewakili semua unit dan bahagian. 

Kursus motivasi ini adalah anjuran Badan Kebajikan dan Sukan JKSNPP dengan usahasama JKSNPP. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memupuk serta mengukuhkan semangat kerjasama antara kakitangan disamping dapat mengeratkan tali silaturahim sesama kakitangan. Selain itu, kursus seperti ini juga secara tidak langsung adalah merupakan platform bagi meredakan tekanan dalam menjalankan tugas seharian. 

Dalam kursus 3 hari 2 malam ini, antara aktiviti mencabar yang telah dilakukan oleh semua peserta adalah water rafting mengikut kumpulan yang telah dibahagikan dan juga flying fox. Dalam kursus pada kali ini semua peserta telah bekerjasama dan berpeluang dalam menyiapkan rakit masing - masing dan merupakan pengalaman bagi yang belum pernah melalui pengalaman membina rakit sendiri. Selain itu, aktiviti flying fox juga merupakan satu pengalaman dan aktiviti yang mencabar bagi peserta yang takut dengan ketinggian dan memaksa diri untuk menjadi lebih berani dan berjiwa kental untuk melawan ketakutan tersebut. Pada malam kedua, para peserta telah dihidangkan dengan juadah yang enak antaranya kambing bakar, ayam bakar dan sate disamping halwa telinga iaitu persembahan daripada semua kumpulan yang telah dibahagikan. 

 
 
 
 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5341895
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
635
7505
15997
47729
109153
216218
5341895

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Jun 2019, 17:43:05. Oleh Unit ICT, JKSNPP