• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

LAWATAN KOLEJ KOMUNITI BAYAN BARU

SELASA, 9 APRIL 2019 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah menerima lawatan sambil belajar daripada Kolej Komuniti Bayan Baru yang terdiri daripada pelajar - pelajar dan pensyarah.

Tujuan penganjuran lawatan tersebut oleh pihak Kolej adalah untuk memberikan pendedahan serta pengetahuan umum kepada pelajar - pelajar tersebut berkaitan dengan prosedur - prosedur kes khususnya ketika perbicaraan sedang dijalankan di dalam dewan mahkamah. Ia merupakan sesuatu perkara yang baru sebagai pengetahuan am kepada pelajar - pelajar yang terlibat khususnya bagi yang beragama Islam.

Dalam lawatan ini, para pelajar dan juga pensyarah yang diiringi oleh Ketua Pendaftar JKSNPP, Puan Hasniah Binti Hassan dan diberikan sedikit taklimat berkaitan jabatan yang disampaikan oleh Pegawai Penyelidik Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang iaitu Tuan Jasmin Bin Ismail telah diberi peluang untuk masuk ke dalam dewan mahkamah bagi melihat sendiri perjalanan kes yang sedang berlangsung pada hari tersebut.

Lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti yang sihat bagi pelajar-pelajar sebagai pendedahan dan pengetahuan disamping terselit juga pengajaran - pengajaran kepada para pelajar yang boleh diambil sebagai satu iktibar dan teladan bagi meniti kehidupan dalam arus kemodenan yang semakin mencabar ini. 

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5577205
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
415
9662
415
54360
131103
213360
5577205

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Jun 2019, 17:43:05. Oleh Unit ICT, JKSNPP