• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1 TAHUN 2019

JUMAAT, 22 MAC 2019 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang(JKSNPP) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan kali pertama bagi tahun 2019.

Pada majlis itu Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang, Y.A.A Dato Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid menyampaikan amanat bagi semua warga JKSNPP untuk meneruskan kecemerlangan bagi tahun 2019 ini. Selain itu, dalam majlis ini juga turut diadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan tiga orang kakitangan yang telah bertukar iaitu Y.A Tuan Zaim Bin Md Yudin yang bertukar ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En Mohammad Khairil Izwan Bin Mansor yang bertukar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri dan En Muhammad Auzier Bin Haji Azmi yang bertukar ke Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang. 

Majlis tersebut diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan dan Sukan JKSNPP (BAKEEP) kali ke 8. Agenda mesyuarat pada kali ini adalah pembentangan Usul serta Cadangan, pembentangan Laporan Kewangan dan Aktiviti bagi Tahun 2018 dan pelantikan Ahli Jawatankuasa BAKEEP yang baru bagi Sesi 2019/2020. Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik yang akan diterajui oleh Pengerusi BAKEEP yang baru iaitu Y.A Mohd Yunus Bin Mohamad Zin yang menggantikan Tuan Mohd Sanusi Bin Ishak yang berdedikasi dan telah berusaha menjayakan aktiviti - aktiviti BAKEEP bagi tahun 2017/2018 dengan kerjasama semua AJK bagi sesi yang lepas. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua.

Majlis yang berakhir pada jam 12.15 tengahari ini diakhiri dengan Sambutan Hari Lahir bagi kakitangan JKSNPP yang lahir dari Januari sehingga Mac dan jamuan makan tengahari.     

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5577347
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
557
9662
557
54360
131245
213360
5577347

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Jun 2019, 17:43:05. Oleh Unit ICT, JKSNPP