• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

PERHIMPUNAN KHAS BERSAMA TIMBALAN KETUA MENTERI 1

RABU, 20 MAC 2019 – Satu Perhimpunan Khas Bersama Timbalan Ketua Menteri 1 YB Dato' IR. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. 

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang(JKSNPP) yang telah memberikan komitmen dan usaha yang baik sehingga jabatan ini telah meraih beberapa anugerah dan pencapaian cemerlang sepanjang tahun 2018. Pada majlis tersebut YB Timbalan Ketua Menteri 1 telah diberikan penghormatan untk menyampaikan anugerah kepada kakitangan yang telah menunjuk prestasi cemerlang bagi tahun 2018.  

Pencapaian JKSNPP bagi tahun 2018 antaranya adalah prestasi Kumpulan KIK Astound yang berjaya mendapat 4 bintang bagi Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan dan Naib Johan Anugerah Inovasi(Kategori ICT) Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2018 serta Johan Innovation Blast Kategori Individu Tahun 2018. Selain itu, JKSNPP juga melalui Unit Teknologi Maklumat dengan kerjasama semua warga kerja JKSNPP juga merupakan pemenang Tempat Pertama #AktifDigitalPvGov bagi Tahun 2018 dan juga Skor Cemerlang Naziran ICT bagi Tahun 2018. JKSNPP juga telah menerima pensijilan semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam dengan Kategori Cemerlang bermula 1 November 2018 sehingga 31 Oktober 2020. Selain itu, JKSNPP merupakan salah satu jabatan yang diiktiraf sebagai Penang Green Office dan telah diberikan pengiktirafan iaitu Penang Green Office Certificate. Selain itu bagi Audit Pemantauan Arahan Amalan bagi Tahun 2018, jabatan ini telah mendapat skor cemerlang sehingga melayakkan jabatan ini menerima 5 bintang. Bagi Sistem Pengurusan Kualiti dalam Skop Pengurusan dan Pentadbiran Kes Mal, Jenayah dan Pembahagian Faraid JKSNPP telah dapat pensijilan ISO 9001:2015. Bagi Audit Indeks Akauntibiliti pula JKSNPP berjaya memperoleh 4 bintang dan beberapa pencapaian cemerlang yang telah diterima oleh jabatan ini yang amat membanggakan seluruh warga kerja JKSNPP dan diharapkan agar kecemerlangan ini akan diteruskan bagi tahun - tahun yang akan datang.

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5577325
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
535
9662
535
54360
131223
213360
5577325

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Jun 2019, 17:43:05. Oleh Unit ICT, JKSNPP