• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

PROGRAM CELIK UNDANG-UNDANG KARNIVAL KHAIRA UMMAH SEMPENA KONVENSYEN DU'AT PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2019/1440

JUMAAT, 15 FEBRUARI 2019 – Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan usahasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah menganjurkan Program Celik Undang-undang Karnival Khaira Ummah Sempena Konvensyen Du'at Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2019 Masihi bersamaan 1440 Hijrah di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. 

Program ini merupakan program pembukaan pada tahun ini yang merupakan program yang dianjurkan khusus kepada masyarakat sebagai pendedahan terhadap isu – isu perkahwinan dan perceraian dalam aspek undang – undang syariah. Program ini berkonsepkan forum dan bual bicara yang dapat memberi peluang kepada masyarakat umum untuk bersoal jawab tentang kemusykilan berkaitan isu tersebut dan amat bersesuaian dengan tajuk yang telah diberikan iaitu Perkahwinan atau Perceraian, Tanyalah Apa Saja. Forum pada kali ini dibarisi oleh panel – panel yang amat berpengalaman untuk mengupas isu berkenaan dan dijemput khas iaitu Dr Fauziah Binti Mohd Noor, Pensyarah Pusat Pengajian Undang-undang Universiti Utara Malaysia, Tuan Mohd Anuar Bin Shaari, Hakim Mahkamah Rendah Seberang Perai Tengah dan Tuan Ameruddin Bin Ahmad, Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia(Pulau Pinang).

Program yang diadakan di Dewan Seminar Masjid Abdullah Fahim tersebut menerima kehadiran 170 orang peserta dan kehadiran sejumlah perserta ini diluar jangkaan apabila melebihi daripada sasaran yang dijangkakan iaitu 130 orang.

Selain itu, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang juga turut menyertai karnival berkenaan dengan membuka booth pameran dan informasi bermula dari 14 hingga 17 Februari 2019 yang bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Petugas – petugas bagi booth berkenaan adalah dari kalangan kakitangan jabatan ini yang bertugas secara bergilir – gilir dan bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat. 

Sekian, terima kasih.

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

4637188
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
2950
4547
22191
28866
110692
90798
4637188

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 08 Mac 2019, 11:11:26. Oleh Unit ICT, JKSNPP