• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2018

JUMAAT, 30 NOVEMBER 2018 – Perhimpunan Bulanan Jabatan Bil. 4/2018 telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Perhimpunan ini diadakan adalah bagi mendengar amanat daripada YAA Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang.

 Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi oleh Pengerusi Majlis, Puan Noorhasyimah binti Khalid dan diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Hazwan bin Ismail. Seterusnya YAA Dato’ Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang telah dijemput untuk memberi ucapan dan menyampaikan amanat beliau. Antara intipati ucapan YAA Dato’ adalah jabatan perlu meningkatkan mutu perkhidmatan dalam urusan seharian bagi menaikkan imej jabatan dalam pengurusan kes yang lebih efisyen. Disamping itu YAA Dato’ juga menguncapkan tahniah dan syabas kepada warga jabatan yang telah menaikkan imej jabatan dalam menyumbangkan pencapaian cemerlang di peringkat KIK. YAA Dato’ berharap semua warga kerja jabatan ini bersama-sama menaikkan imej jabatan secara keseluruhannya supaya Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang digeruni dan diiktiraf oleh agensi kerajaan yang lain.

 Agenda majlis kemudiannya diteruskan dengan slot EKSA dimana YAA Dato’ telah menyampaikan sijil pengiktirafan EKSA dari MAMPU kepada semua zon dan juga hadiah serta sijil penghargaan pertandingan EKSA yang telah dijalankan pada bulan Oktober yang lalu.

 Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang yang mana penerima bagi sesi ke-4 tahun 2018 telah diberikan kepada Encik Mohd Fazli bin Mat Rudin (Penghantar Notis MRS Seberang Perai Utara), diikuti penerima anugerah khas tahunan adalah diberikan kepada Tuan Nik Suhaimi bin Nik Sabri di atas sumbangan dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2018.Tahniah diucapkan dan semoga dengan penganugerahan ini akan menaikan lagi semangat untuk terus berjaya pada masa akan datang. Majlis kemudian diteruskan dengan Slot Ceramah dari Ibnu Katsir yang bertajuk Hebat Di Pejabat yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Siddiq bin Shahrom.

 Majlis bersurai pada jam 11.00 pagi dimana semua warga jabatan diminta bersama-sama menyaksikan aktiviti penanaman pokok kurma oleh YAA Dato’ dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi. Selesai aktiviti tersebut, semua warga jabatan berkumpul di kafetaria bagi menyempurnakan sesi potong kek hari lahir bagi ahli BAKEPP yang dilahirkan pada bulan Oktober, November dan Disember 2018 yang diketuai oleh YAA Dato’ sendiri. Selesai sesi potong kek tersebut, semua warga kerja jabatan dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Sekian, terima kasih.

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

4946847
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
201
7596
22018
39792
134812
139584
4946847

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 17 Mei 2019, 10:25:10. Oleh Unit ICT, JKSNPP