• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

LITERASI SYARIAH KALI KEDUA TAHUN 2018

KHAMIS, 30 OKTOBER 2018 – Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang (JKSNPP) telah menganjurkan Literasi Syariah kali kedua bagi tahun 2018. Program tersebut telah diadakan di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang dengan usahama daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan telah dirasmikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, YAA Dato’ Mohamad Shakir bin Abdul Hamid. 

 Program ini telah dihadiri oleh peserta daripada kalangan imam dan ahli jawatankuasa masjid serta surau bagi seluruh daerah Seberang Perai Utara yang dijemput khas ke program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta maklumat asas berkaitan dengan Undang – undang Syariah khususnya di Negeri Pulau Pinang ini. Para peserta daripada kalangan ahli jawatankuasa masjid ini telah dipilih untuk menghadiri seminar ini adalah kerana mereka merupakan golongan yang penting dalam sesebuah komuniti masyarakat sebagai tempat rujukan utama bagi mendapatkan panduan berhubung dengan masalah yang dihadapi oleh ahli komuniti. Oleh itu, mereka merupakan golongan yang seharusnya diberikan pendedahan awal berkaitan Undang – undang Syariah yang bertepatan dengan peranan mereka dalam sesebuah komuniti.  

 Program yang telah membicarakan tentang peranan pegawai masjid dalam memperkasakan Undang – undang Syariah telah disampaikan oleh Y.A Haji Shukeri Najib bin Ab. Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah Melaka dan Tuan Asrul Nizam bin Yahya, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara. Aturcara program ini selesai pada jam 1.00 petang.

 Sekian, terima kasih.

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5192974
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
734
7869
16431
52395
176450
204489
5192974

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Jun 2019, 17:43:05. Oleh Unit ICT, JKSNPP