• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

DISKUSI PELANTIKAN HAKIM SYARIE WANITA

SELASA, 9 OKTOBER 2018 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama dengan Jabatan Mufti telah menganjurkan Diskusi Pelantikan Hakim Syarie Wanita bertempat di Hotel Sunway seberang Jaya, Pulau Pinang. 

 Diskusi ini telahpun dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman. Pembentangan kertas kerja terdiri daripada dua orang pensyarah Universiti iaitu Profesor Najibah Binti Mohd Zin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Professor Madya Arieff Salleh Bin Rosman dari Universiti Teknologi Malaysia. Peserta-peserta Diskusi terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Hakim-hakim syarie Negeri Pulau Pinang dan pegawai-pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.

 Tujuan Diskusi ini diadakan bagi tujuan memperkemaskan dan memantapkan Kertas Kerja Pelantikan Hakim Syarie Wanita di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang serta mendapatkan pandangan daripada semua pihak bagi cadangan tersebut. 

 JKSNPP berhasrat untuk melantik hakim syarie wanita sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh negeri-negeri lain seperti Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Sabah,Melaka, Pahang dan Kelantan. Sehubungan dengan itu, Diskusi ini adalah langkah yang diatur oleh JKSNPP bagi mendapatkan maklumat-maklumat daripada ahli Jawatankuasa Fatwa dan idea-idea yang dilontarkan oleh dua pensyarah yang dijemput dalam Diskusi ini.

 Dalam hal ini, JKSNPP atas kerjasama dengan Pejabat Mufti sendiri menjayakan Diskusi ini bagi mendapatkan keharmonian kedua-dua jabatan dalam memastikan kedua-dua hasrat Jabatan ini direalisasikan dengan baik. Sehubungan dengan itu, JKSNPP merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang padu dan baik daripada Jabatan Mufti dan dengan kehadiran ahli – ahli Jawatankuasa Fatwa yang menjayakan Diskusi tersebut.

Sekian, terima kasih.

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

4211426
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
487
2894
3381
19866
42924
62667
4211426

Hubungi Kami

Alamat Jabatan:    No. 3, Jalan Batu Gantung,  10450 Pulau Pinang Telefon: 04-830 7777 Faksimili: 04-830 7860 Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 15 November 2018, 07:35:17. Oleh Unit ICT, JKSNPP