• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

AUDIT PENSIJILAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) OLEH MAMPU

JUMAAT, 5 OKTOBER 2018 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah diaudit untuk Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bermula pada 2 Oktober hingga 4 Oktober 2018. 

 Jabatan ini telah menerima kehadiran 2 orang juruaudit iaitu Puan Zuasma Binti Yahaya dan Puan Nur Amalina Binti Zakaria daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Sesi pengauditan bermula dengan pembukaan audit pada 2 Oktober 2018 yang dipengerusikan oleh YAA Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, juruaudit yang hadir telah diberi penerangan berkaitan amalan pelasanaan EKSA Jabatan oleh Ketua Pendaftar Puan Hasniah Binti Hassan. Selesai daripada sesi pembukaan audit tersebut 2 orang juruaudit tersebut telah bergerak ke lokasi pengauditan seperti yang dijadualkan, Puan Zuasma Binti Yahaya diiringi oleh Tuan Mohd Yunus Bin Mohamad Zin selaku Peyelaras EKSA Jabatan manakala Puan Nur Amalina Binti Zakaria diiringi oleh Puan Hasniah Binti Hassan selaku Timbalan Pengerusi EKSA. 

 Dihari terakhir iaitu pada sesi penutupan audit pada 4 Oktober 2018, juruaudit telah membentangkan hasil penemuan dari segi amlan baik EKSA yang diamalkan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh semua zon yang terlibat. Komen yang diterima oleh juruaudit sangat positif dan diharapkan Jabatan ini sekali lagi akan diberikan pensijilan EKSA dengan kategori Cemerlang. Sesi penutupan audit tersebut berakhir dengan pemberian cenderahati oleh Jabatan kepada juruaudit-juruaudit yang terlibat dan sesi fotografi bersama Jawatankuasa Induk EKSA JKSN Pulau Pinang sebagai kenang-kenangan.

 Sekian, terima kasih.

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5193111
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
871
7869
16568
52395
176587
204489
5193111

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Jun 2019, 17:43:05. Oleh Unit ICT, JKSNPP