• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

PERHIMPUNAN BULANAN KETUA HAKIM SYARIE BIL 2/2018

JUMAAT, 1 JUN 2018 – Perhimpunan Bulanan Ketua Hakim Syarie Bil 2/2018 telah diadakan di Dewan Bicara, Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Perhimpunan ini diadakan adalah bagi mendengar amat daripada YAA Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang.

 Majlis dimulakan pada jam 3.00 petang oleh Pengerusi Majlis, Tuan Mohamad Fadlan Bin Othman dan diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Muhamad Yazid Bin Yussof. Seterusnya YAA Tuan Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang telah dijemput untuk memberi ucapan beliau pada perhimpunan kali ini. Antara intipati ucapan YAA adalah berkenaan perkhidmatan di kaunter perlulah ada jalinan kerjasama dan bersifat mesra pengguna. YAA menjadikan contoh kes yang tular mengenai salah seorang kakitangan Imigresen sebagai teladan. 

 Agenda majlis kemudianya diteruskan dengan slot ceramah Aman Palestin yang disampaikan untuk memberi gambaran bagaiman kehidupan umat Islam di Palestin yang tidak berputus asa berjuang untuk mengembalikan negara mereka dan diakhir ceramah kakitangan-kakitangan Jabatan telah diminta memberi sumbangan seikhlas hati bagi membantu penduduk Palestin yang memerlukan bantuan. 

 Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang, Tuan Muhamad Sanusi Bin Ishak telah diminta untuk memberi sedikit taklimat berkaitan anugerah tersebut. Anugerah bagi sesi kedua 2018 telah diberikan kepada Puan Addawiah Binti Ahmad (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) tahniah diucapkan semoga terus memberi perkhidmatan yang cemerlang pada masa akan datang. Majlis kemudian diteruskan dengan Slot Badan Kebajikan Dan Sukan JKSNPP (BAKEPP), di dalam slot ini ahli BAKEPP yang ditimpa musibah samada ahli atau keluarga yang dimasukkan ke hospital, ahli yang terlibat dalam kemalangan, kematian ahli keluarga dan sumbangan juag diberikan sempenan kelahiran cahaya mata. Pihak BAKEPP juga telah berbesar hati untuk memberi sumbangan cenderahati diatas penglibatan dalam program Tadarus yang dianjurkan sempena bulan Ramadan.

 Akhir sekali majlis menjemput ahli BAKEPP yang dilahirkan pada bulan April 2018 hingga Jun 2018 yang diraikan dengan pemberian cenderahati bagi memperingati hari kelahiran mereka. Berakhir sudah  perhimpunan bulanan kali, warga Jabatan diminta bersurai bagi persiapan majlis iftar yang akan diadakan selepas selesainya majli perhimpunan ini.

 Sekian, terima kasih.

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5192813
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
573
7869
16270
52395
176289
204489
5192813

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Jun 2019, 17:43:05. Oleh Unit ICT, JKSNPP