• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

PROGRAM DISKUSI INSIQUISITORIAL JKSN PULAU PINANG

KHAMIS, 22 FEBRUARI 2018 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Diskusi Insiquisitorial bertempat di Bilik Latihan, Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara.

 Insiquitorial berasal daripada perkataan “Inquiry”, kaedah ‘Inquisitorial’ adalah satu keadah pendekatan Hakim di dalam perbicaraan bagi mendapatkan keterangan serta bukti daripada pihak Plaintif atau Defendan atau saksi-saksi. Melalui kaedah ‘Inquisitorial’ ini Hakim bicara akan bersikap lebih aktif mendalami kes melalui pertanyaan secara terus kepada Plaintif atau Defendan atau saksi-saksi berbanding kaedah perbicaraan yang lazim dilakukan iaitu “adversarial” atau “accusatorial” dimana Hakim hanya mendengar penghujahan dari pihak-pihak tersebut. Kaedah perbicaraan secara ‘Inquisitorial’ ini boleh membantu kaedah sedia ada untuk mempercepatkan perbicaraan dengan penglibatan Hakim secara langsung bagi mendapatkan keterangan serta bukti kes untuk tujuan menegakkan keadilan.

 Justeru, transformasi terhadap tatacara Mahkamah Syariah amat diperlukan dengan menggabungkan kedua-dua proses perbicaraan tersebut, iaitu “adversarial” dan ‘inquisitorial’ supaya system Kehakiman Syariah di Malaysia lebih mudah, cepat dan adil. Diskusi Inquisitorial yang dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada 30 orang Pegawai Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang, Pegawai Jabatan Bantuan Guaman (“JBG”) dan Jabatan Pendakwaan Syarie Negeri Pulau Pinang tentang kaedah perbicaraan secara ‘inquisitorial’. Turut dijemput bagi menghadiri program Diskusi ini Pegawai Syariah daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.

 Seramai 31 orang pegawai syariah daripada JKSNPP, Pendakwa Syarie Negeri Pulau Pinang, hakim-hakim syarie daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis dan Jabatan Bantuan Guaman Negeri Pulau Pinang turut hadir dalam menjayakan diskusi. JKSNPP mengucapkan terima kasih kepada Tuan Zakian bin Dio yang telah menjelaskan dan memperincikan mengenai inquisitorial ini dan panjang lebar dan memberi latihan yang bermakna kepada semua peserta walaupun dibataskan dengan masa yang agak terhad. Rakaman terima kasih juga kepada semua peserta yang hadir dengan memberi penumpuan kepada diskusi ini sehingga selesai. Tidak dilupakan rakaman terima kasih kepada semua urusetia dan ahli jawatankuasa yang terlibat serta pihak pengurusan yang telah bertungkus lumus menjayakan diskusi ini. Penulis yang juga sebagai peserta merasakan masa yang diberikan agak terbatas dan mengharapkan diskusi ini akan disambung lagi bagi tujuan memberi kemahiran kepada peserta dalam merealisasikan impian bagi mempercepatkan perbicaraan kes di Mahkamah Syariah.

Sekian, terima kasih. 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5141243
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
1957
7447
17095
49030
124719
204489
5141243

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 11 Jun 2019, 17:38:19. Oleh Unit ICT, JKSNPP