• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN INDEKS AKAUNTABILITI ( AI ) DI JKSN PULAU PINANG

SELASA, 5 DISEMBER 2017 – Mengikut Rancangan Audit Tahun 2017 Jabatan Audit Negara Negeri Pulau Pinang yang mana Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) terpilih untuk Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti (AI) bagi tahun 2017.

Tujuan pengauditan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi tahap pengurusan kewangan Jabatan dengan memberi rating dan ranking berdasarkan penilaian terhadap lapan (8) aspek utama iaitu Kawalan Pengurusan, Kawalan Bajet, Kawalan Terimaan, Pengurusan Perolehan, Kawalan Perbelanjaan, Kawalan Amanah, Pengurusan Aset dan Stor serta Pengurusan Kenderaan.

Mesyuarat pembukaan sesi pengauditan tersebut dipengerusikan oleh YAA. Tuan Mohamad Shakir bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang. Seramai lima (5) orang Pegawai-pegawai Audit yang terlibat di dalam pengauditan tersebut turut hadir.

Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) berharap sesi pengauditan tersebut akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan berakhir dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5192952
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
712
7869
16409
52395
176428
204489
5192952

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Jun 2019, 17:43:05. Oleh Unit ICT, JKSNPP