• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

KONVENSYEN PERUNDANGAN SYARIAH "RAHMATUN LIL ALAMIN"

ISNIN, 20 NOVEMBER 2017 – Konvensyen Perundangan Syariah "Rahmatun Lil Alamin" telah diadakan di Dewan Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang pada hari Sabtu bertarikh 18 November 2017.

 Program ini merupakan anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang (MMK Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Islamic Propagation Society International (IPSI) & Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Pulau Pinang.

 Majlis bermula pada 8.30 pagi dengan ucapan oleh SS. Dato' Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor (Mufti Negeri Pulau Pinang) dengan tajuk Wakaf dari Perspektif Agama dan Realiti. Kemuadiannya disusuli pembentangan Kertas Kerja 1 bertajuk Wakaf dalam Undang-undang Malaysia oleh YBhg. Puan Syarifah Shafika Al Sagoff (Peguam) dan pembentangan Kertas Kerja 2 bertajuk Memperkasakan Institusi Mahkamah Syariah dalam Kerangka Perlembagaan Malaysia oleh YAA Mohamad Syakir Bin Haji Abdul Hamid (Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang).

  Antara objektif program ini adalah mendidik dan meyakinkan masyarakat terhadap keupayaan dan kemampuan Islam dalam mendepani reality dan masalah yang wujud dalam kehidupan bermasyarakat dan Negara terutama yang berkaitan dengan system pemerintahan, perundangan syariah dan masalah masyarakat Islam dan bukan Islam. Islam sebagai agama rahmat dan kasih saying, berbanding pendekatan kekerasan dalam memperkenalkan dan menjelaskan Islam kepada dunia. Islam sebagai agama yang membawa rahmah bukan sahaja kepada manusia juga kepada alam semesta. Islam sebagai ad-deen yang merangkumi setiap aspek kehidupan. Menggalakkan umat Islam mencerminkan rahmah dalam kehidupan sebagai contoh ikutan. Membetulkan persepsi sebahagian masyarakat Islam yang menyempitkan maksud Islam sebagai rahmat seluruh alam, kerana ia merosak dan merencatkan imej Islam dalam erti dan makna yang lebih luas.

 Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam menjalani kehidupan seharian.

Sekian, terima kasih.

 

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5193142
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
902
7869
16599
52395
176618
204489
5193142

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Jun 2019, 17:43:05. Oleh Unit ICT, JKSNPP