• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH JABATAN PENJARA TAPAH

KHAMIS, 5 OKTOBER 2017 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah menerima Lawatan Penandaaras EKSA daripada Jabatan Penjara Tapah. Jabatan Penjara Tapah Perak sedang dalam usaha memperoleh persijilan EKSA oleh pihak MAMPU.

 Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat amalan EKSA yang dilaksanakan oleh JKSNPP sehingga mendapat persijilan EKSA. Seramai 20 orang peserta yang terlibat. Delegasi tersebut diketuai oleh PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali selaku pengerusi jawatankuasa EKSA Penjara Tapah. Pengerusi Jawatankuasa Induk EKSA JKSNPP juga YA. Zaim bin Md Yudin selaku Pemangku Ketua Hakim Syarie turut serta dalam program ini. Banyak perkongsian di antara kedua-dua Jabatan mengenai pengalaman masing-masing melaksanakan EKSA.Selepas sesi taklimat oleh Tuan Mohammad Shahidan bin Abdul Ghapar selaku Pengerusi JK Audit EKSA JKSNPP, peserta dibawa melawat ke Zon Lebuh Victoria & Light di Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang serta Zon Lebuh Queen di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut.

Sekian, terima kasih.

 

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5193070
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
830
7869
16527
52395
176546
204489
5193070

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Jun 2019, 17:43:05. Oleh Unit ICT, JKSNPP