• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

PERHIMPUNAN KHAS BERSAMA PEMANGKU KETUA HAKIM SYARIE DAN MESYUARAT AGONG BADAN KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG.

JUMAAT, 8 SEPTEMBER 2017 – Satu perhimpunan khas Pemangku Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP), Y.A Zaim bin Md Yudin bersama dengan semua kakitangan JKSNPP telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.

 Perhimpunan pada kali ini bermula jam 8.30 pagi yang dipengerusikan oleh EnCIK Mohd Helmi bin Ismail dan diikuti dengan bacaan doa oleh Tuan Mohd Fariq Azaimi bin Apandi, Pegawai Sulh MRS Timur Laut. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Ketua Pendaftar JKSNPP yang baru iaitu Puan Hasniah binti Hassan. Dalam ucapan beliau, faktor disiplin amatlah ditekankan. Selain itu, beliau juga menekankan agar pekeliling dan panduan sebagai penjawat awam dipatuhi.

  Majlis kemudian diteruskan dengan Amanat Khas Pemangku Ketua Hakim Syarie JKSNPP iaitu Y.A Zaim bin Md Yudin yang menanggung tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Jabatan ini. Yang Arif dalam ucapannya memaklumkan untuk mengekalkan semua amanat dan tugasan yang telah diberikan oleh Ketua Hakim Syarie sebelum ini iaitu Dato' Haji Abdul Walid Bin Abu Hassan untuk dilaksanakan sebaik mungkin. Selain itu, Yang Arif juga mengalu - alukan kehadiran beberapa orang pegawai baru yang berkhidmat di jabatan ini iaitu Y.A Wan Mahyuddin Bin Wan Muhammad, Puan Hasniah binti Hasssan, Tuan Ahmad Alwi Bin Embong , Tuan Mohd Najmuddin Bin Haji Mustafa, Tuan Hardi Bin Alias dan Tuan Abdul Rahman bin Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan Mesyuarat Agong Badan Kebajikan dan Sukan JKSNPP (BAKEPP) kali ke 6. Aturcara yang berlangsung dalam Mesyuarat Agong tersebut ialah Ucapan Aluan Pengerusi BAKEEP iaitu Y.A Mohd Yunus bin Mohamad Zin. Diikuti dengan Pembentangan Laporan Tahunan Aktiviti Kelab oleh Exco Dakwah dan Kerohanian, Sukan dan Riadah, Ekonomi, Kebajikan dan HELWA. Kemudian disusuli pula dengan Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Tahun 2016 dan pembentangan usul. Mesyuarat juga diteruskan lagi dengan pembubaran dan perlantikan Jawatankuasa BAKEEP yang baru. Semasa sesi pemilihan cadangn untuk mengekalkan jawatankuasa yang lama telah mendapat undian sebulat suara dan hanya beberapa jawatan sahaja yang diundi dan dilantik semula atas sebab pertukaran pegawai dan sebagainya. Oleh itu, mandat pengerusi yang baru majoriti telah diberikan kepada Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar manakala Tuan Mohd Sanusi bin Ishak telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi BAKEEP yang baru. Selain itu, Tuan Mohd Fariq Azaimi bin Apandi juga telah dilantik sebagai Exco Biro Dakwah dan Kerohanian yang baru menggantikan Tuan Mohd Husni Za'im bin Said yang telah bertukar.

Majlis pada hari tersebut berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Sekian, terima kasih.

 

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5577246
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
456
9662
456
54360
131144
213360
5577246

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Jun 2019, 17:43:05. Oleh Unit ICT, JKSNPP