• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

PERHIMPUNAN BULANAN KETUA HAKIM SYARIE BIL 2/2017

JUMAAT, 07 APRIL 2017 – Perhimpunan Bulanan Ketua Hakim Syarie Bil 2/2017 telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Perhimpunan ini diadakan adalah bagi mendengar amat daripada YAA Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang.

Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi oleh Pengerusi Majlis, Encik Mohd Helmi Bin Ismail dan diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Muhammad Auzier Bin Abdul Azmi. Seterusnya YAA Dato' Haji Abdul Walid Bin Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang telah dijemput untuk memberi ucapan beliau pada perhimpunan kali ini. Antara intipati ucapan Dato' adalah berkenaan penyalahgunaan/penipuan cuti sakit kakitangan kerajaan dan ianya di pandang serius oleh kerajaan negeri sehingga menjadi salah satu kriteria pemberian bonus. Isu kedatangan kakitangan juga turut disentuh oleh YAA Dato, pertukaran kad kehadiran kepada warna hijau dikuatkuasakan sebagai amaran sebelum tindakan diambil. Warga Jabatan juga diminta supaya menjaga harta kerajaan sepertimana menjaga harta sendiri terutamanya apabila balik kerja yang mana didapati terdapat suis elektrik yang tidak dipadamkan dan secara tidak langsung boleh mengakibatkan pembaziran. YAA Dato turut mengingatkan berkaitan penyampaian maklumat dari atas ke bawah yang perlu lebih jelas dan efisien supaya apa yang dihasratkan oleh Jabatan dapat dicapai. Akhir sekali YAA juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa kakitangan yang telah bertukar dan bersara dan mengalu-ngalukan kehadiran kakitangan baru ke Jabatan ini.

Agenda majlis kemudianya diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang dan pada sesi pertama 2017, anugerah kali ini telah diberikan kepada Puan Rohanah Binti Ayob (Pembantu Tadbir) setelah mengambil kira khidmat bakti beliau kepada Jabatan dan masyarakat. Majlis kemudian diteruskan dengan Slot Badan Kebajikan Dan Sukan JKSNPP (BAKEPP) yang dikendalikan oleh YA Mohd Yunus Bin Mohamad Zin, di dalam slot ini ahli BAKEPP yang sedang dan akan menjalani rawatan diberi sumbangan bagi meringankan beban mereka. Ahli BAKEPP yang dilahirkan pada bulan Januari hingga Mac turut diraikan dengan pemberian cenderahati dengan upacara memotong kek Hari Lahir.

Agenda terakhir adalah Majlis Jasamu Dikenang 4 orang kakitangan Jabatan yang telah bertukar dan bersara dari JKSN Pulau Pinang iaitu Tuan Zaini Bin Abd Rahim (Hakim Mahkamah Rendah Syariah Barat Daya), Encik Rosli Bin Taib (Pembantu Syariah), Encik Ahmad Azrin Bin Tajudin (Pembantu Tadbir Kontrak) dan Puan Rohani (Pembantu Tadbir Kontrak). Aturcara penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh YAA Dato' Haji Abdul Walid Bin Abu Hassan kepada semua kakitangan yang terlibat. Segala khidmat bakti yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di JKSN Pulau Pinang amatlah dihargai. Sebelum mengakhiri majlis perhimpunan bulanan pada kali ini semua kakitangan Jabatan yang hadir telah dijemput untuk menikmati jamuan makan yang telah disediakan dan semoga berjumpa lagi pada perhimpunan yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

 

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5193063
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
823
7869
16520
52395
176539
204489
5193063

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Jun 2019, 17:43:05. Oleh Unit ICT, JKSNPP