• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

PROJEK E-SIAP RAIH ANUGERAH EMAS DI MINI KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE WILAYAH UTARA

RABU, 1 APRIL 2015 – Kumpulan Adamantium dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) berjaya meraih Anugerah Emas dalam pertandingan Mini Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara yang berlangsung pada 1 April 2015 di Dewan Produktiviti, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Pulau Pinang.

Kumpulan yang diketuai oleh Tn. Mohd Rifaudin bin Hj. Abd Wahab tersebut terdiri dari ahli-ahli seramai 10 orang iaitu Tn. Nik Suhaimi bin Nik Saberi, Tn. Muhammad Fadhlan bin Othman, En. Saufee bin Nayan, En. Mohd Helmi bin Ismail, Pn. Nor Aziani binti Mustaffa, Pn. Nurulmiskiyah binti Ghazali, Cik Norashikin binti Md Nadzry dan Cik Hamizah binti Hamid.

Tampil dengan projek yang bertajuk E-SIAP (E-Shariah Instant Access Procedure) iaitu satu sistem komprehensif yang merangkumi sistem E-Pliding dan E-Judgement bagi menyelesaikan masalah kelewatan penyelesaian kes-kes persetujuan bersama, kumpulan Adamantium telah berjaya menambat hati juri untuk menganugerahkan EMAS kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.

Melalui MOTO “Hari Ini Setuju, Hari Ini Selesai” E-SIAP telah diyakini sebagai penyelesaian terbaik yang mampu merealisasikan sasaran jabatan untuk menyelesaikan kes-kes yang mempunyai persetujuan bersama dalam masa 1 hari, bermula dari proses penyediaan Pliding sehingga pengeluaran Perintah Mahkamah.

Mini Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara yang diadakan pada kali ini turut disertai sebanyak 13 buah kumpulan yang mana JKSNPP tampil sebagai satu-satunya Jabatan di bawah pengurusan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyertainya.

Kejayaan ini adalah hasil kerja keras serta komitmen tinggi semua ahli disamping sokongan padu dari Y.A.A Ketua Hakim Syarie Dato’ Hj. Abdul Walid bin Abu Hassan merangkap Penasihat kumpulan dan Tn. Ahmad Irwan bin Ismail selaku Fasilitator yang turut bersama-sama bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut.

Pencapaian ini adalah langkah awal ke arah menjadikan JKSNPP sebagai “Smart Department” seperti yang dihasratkan oleh Y.A.A Ketua Hakim Syarie. Pelbagai lagi projek inovasi sedang dirangka antaranya e-Payment, My-SMS, e-Giliran dan sebagainya.

 

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5577244
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
454
9662
454
54360
131142
213360
5577244

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Jun 2019, 17:43:05. Oleh Unit ICT, JKSNPP