• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA KETUA HAKIM SYARIE BIL 3/2017

JUMAAT, 28 JULAI 2017 – Perhimpunan Bulanan Ketua Hakim Syarie Bil 3/2017 telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Perhimpunan ini diadakan adalah bagi mendengar amat daripada YAA Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang.

Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi oleh Pengerusi Majlis, Encik Mohammad Khairil Izwan Bin Mansor dan diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Muhammad Bin Shaari. Seterusnya YAA Dato' Haji Abdul Walid Bin Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang telah dijemput untuk memberi ucapan beliau pada perhimpunan kali ini. Antara intipati ucapan Dato' adalah berkaitan persediaan atlet Pulau Pinang untuk Sukan Mahkamah Syariah Kali Ke 4 (SMS4) yang akan diadakan di Pulau Pinang. Kakitangan Jabatan juga diingatkan untuk menjaga disiplin sepanjang berlangsungnya sukan mahkamah tersebut. Selain itu YAA Dato' juga turut menyentuh program Fit SMS4 iaitu aktiviti mendaki Bukit Bendera, Pulau Pinang yang kan diadakan pada sebelah petang nanti. Akhir sekali YAA juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa kakitangan yang telah bertukar dan mengalu-ngalukan kehadiran kakitangan baru ke Jabatan ini.

Agenda majlis kemudianya diteruskan dengan Slot Jasamu Dikenang bagi meraikan staf yang bertukar dan bersara dalam perkhidmatan iaitu Encik Abdul Manaf Bin Jamil yang bertukar ke Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah pada 2 Mei 2017, Puan Zarina Binti Mustapa yang bertukar ke Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang pada 15 Mei 2017, Encik Muhammad Ghazali Bin Abdullah yang bertukar ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 1 Jun 2017, Puan Rohanah Binti Ayob yang bersara pilihan mulai 1 Ogos 2017 dan Puan Maimunah Binti Hamid yang bersara wajib mulai 23 September 2017. Slot seterusnya adalah Slot Anugerah Pekerja Cemerlang, anugerah yang memasuki tahun kedua pelaksanaannya ini memberi pengiktirafan kepada  kakitangan Jabatan yang komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas yang diberikan dan diumumkan pada setiap kali perhimpunan bulanan. Penerima anugerah pada kali ini adalah Puan Rosnah Binti Masri dari MRS Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, tahniah diucapkan.

Majlis diteruskan lagi dengan slot EKSA dimana dalam slot ini pengumuman pemenang bagi Pertandingan Bilik Pegawai Terbaik dan Workstation Terbaik diumumkan oleh Tuan Nik Bukhari Hashimy Bin Nik Yahya, Ketua JK Induk Promosi EKSA. Tahniah diucapkan kepada Tuan Mohd Rifaudin Bin Abd Wahab dan Puan Nazirah Binti Zakaria. Agenda seterusnya adalah Slot SMS4 yang mana dalam slot ini telah diadakan penyerahan baju SMS4 kepada wakil unit,bahagian dan mahkamah yang hadir.

Majlis diteruskan dengan Slot Badan Kebajikan dan Sukan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (BAKEPP) dimana terdapat beberapa acara pada slot kali ini iaitu Sumbangan Keperihatinan kepada ahli BAKEPP. Sumbangan ini diberikan kepada kakitangan Jabatan yang ditimpa musibah samada beliau atau keluarga uang dimasukkan ke hospital, terlibat dalam kemalangan, kematian ahli keluarga dan sumbangan juga diberikan sempenan kelahiran cahaya mata. Acara berikutnya adalah penyerahan baju Fit SMS4 kepada wakil unit/bahagian, mahkamah dan wakil agensi luar yang terlibat dalam sukan mahkamah kali ini.

Acara terakhir adalah Sambutan Hari Lahir bagi bulan April, Mei dan Jun 2017. Kakitangan Jabatan yang menyambut hari lahir pada bulan-bulan tersebut telah dijemput untuk naik ke pentas bagi menerima cenderahati yang disampaikan oleh YAA Dato' Haji Abdul Walid Bin Abu Hassan dan seterusnya bagi upacara memotong kek. Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 3/2017 telah tiba dipenghujungnya sebelum mengakhiri majlis perhimpunan bulanan pada kali ini semua kakitangan Jabatan yang hadir telah dijemput untuk menikmati jamuan makan yang telah disediakan dan semoga berjumpa lagi pada perhimpunan yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

 

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5577460
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
670
9662
670
54360
131358
213360
5577460

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7860
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Jun 2019, 17:43:05. Oleh Unit ICT, JKSNPP